TAJAAN:

Ahad, 25 September 2011

Jamuan hari raya 9W2 MPB


Sebanyak Lapan stesen telah menghadiri rumah terbuka dan jamuan hari raya yang dikendalikan oleh 9W2 MPB hari ini.



Mereka yang berkesempatan hadir ialah, 9W2 PHJ, 9W2 DJJ, 9W2 MUX, 9W2 IPT, 9W2 SBD, 9W2 SUF, 9W2 SGN, 9w2 SDM dan 9W2 PUZ - Selain dari itu majlis juga dimeriahkan oleh keluarga 9W2MPB serta jiran berdekatan, majlis bermula jam 3 petang.


Disamping majlis tersebut 9W2 PHJ bersama 9W2 DJJ menunjuk ajar cara memasang base antena "Astra".

# klik pada gambar untuk bersize besar/zoom

Jumaat, 2 September 2011

Beraya bersama rakan Kuala Kangsar


Sempena merayakan Idulfitri 1432H kali ini sekumpulan rakan-rakan Radio Amatur (RA) mengunjungi kediaman 9W2 PHJ di Chandang Putri, Kuala Kangsar petang semalam.

Majlis tidak rasmi itu sebagai usaha mengeratkan lagi sesama rakan RA di Perak amnya, dan mereka dijamuan dengan makanan "Laksa Penang" serta kuih muih raya..

Sabtu, 25 Jun 2011

Perbincangan di Radio Amatur



Percakapan di RA biasanya memakan masa agak lama, tambahan sekiranya ramai yang ikut bergaung (kadangkala sampai 10 - 15 orang/stesendalam sesuatu masa).

Seperti biasa, perbincangan tersebut mengikut giliran misalnya, stesen no 1 - 2 -3 dan seterusnya. Ada masanya terdapat stesen yang bergabung bercakap sampai 4- 5 minit (mungkin banyak pandangan atau pendapat yang hendak diajukan)ini menyebab rakan-rakan lain ternanti-nanti menantikan gilran.

Ini semua perkara biasa semasa berbual/QSO di Radio Amatur, walaubagaiman pun, semua stesen dinasihatkan bercakap dalam masa yang singkat, terutama untuk memberikan sekiranya ada panggilan kecemasan.

Salah satu usaha kearah itu, adalah dengan menggunakan code Q ( contohnya telah diberikan sebelum ini).

Sesaorang RA yang dalam kesusahan atau berhadapan dengan masalah (termasuk kecemasan), dibolehkan menyertai gabungan secara serta merta dengan melalui pesanan /menyebut " BREAK... BREAK ....BREAK" (semasa ptt dilepaskan oleh RA berkenaan).

Rakan yang sedang ber QSO dari tadinya akan memberhentikan QSO tersebut dan anda diberi laluan untuk masuk bergabung.

Kecemasan yang dimaksudkan ada beberapa perkara, diantaranya untuk menyampaikan maklumat trafik ( tanah runtuh, lalulintas terhalangan dan lain-lain) semuanya untuk maklumat dan info kepada RA.

Dengan yang demikian, dapatlah maklumat itu didengar atau diterima oleh semua yang menyertai dalam QSO atau memantau dijaluran.

Selain dari itu, bagi mereka yang memandu kenderaan jarah jauh, ini satu usaha untuk mengelakan dari rasa bosan atau mengantuk, kita boleh memanggil atau memasuki mana-mana jaluran RA bersembang/ QSO sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

Sekiranya, kita baru mengenali RA dijaluran, kita ucapkan " salam kontek perdana " dan salam perkenalan..

....Bersambung.

Ahad, 5 Jun 2011

Pertemuan 9W2 bersama 9M2 penuh mesra


Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Negeri Perak (PARTs) telah menganjurkan "Majlis Pertemuan Mesra 9W2 bersama 9M2" di perkarangan wakaf Parts berjalan dengan penuh mesra dan muhibbah.

Majlis berkenaan yang diadakan semalam (Ahad 5-6-2011) dihadiri kira-kira 100 stesen dan disertai oleh YL dan XYL masing-masing.


Majlis yang julongkali diadakan itu bertujuan untuk memperkenal rakan-rakan RA yang memegang callsign 9M2 serta bermesra bersama 9W2 yang turut hadir dari ( sebahagian)  RA di Semanjung Malaysia.

Salain mejamu selera, mereka beramah mesra QSO di dataran dengan pelbagai cerita dan pengalaman masing-masing untuk dikongsi bersama.

Khamis, 5 Mei 2011

Cara Dan Corak Perbualan Melalui RA


Selalunya kita berbual dengan rakan-rakan, yang dekat maupun berjauhan di panggil "sembang" (bersembang) dan apabila kita mengakhiri sembang kita akan sebut, terima kasih atau jumpa lagi..atau mengucapkan salam.

Dalam dunia Radio Amatur pula, ada sedikit kelainan, dalam waktu berbual disebut "QSO" bermakna bersembang.....untuk bertanya tempat tinggal disebut "QTH" (lebih tepatnya, qth handle operator).

Rakan bersembang/QSO dipanggil stesen manakala kita hendak berhenti sementara selama 20 saat daripada perbualan/qso ( untuk membuat sesuatu pekerjaan lain atau pun menjawab panggilan telefon) disebut QRX 20 saat.(selepas 20 saat yang kita berikan itu),  kita masuk semula dengan menyebut masuk jalur semula atau bergabung semula..

Sebutan bergabung biasanya digunakan sekiranya yang sedang ber QSO itu lebih dari 2 orang...

Manakala sedang kita ber QSO dapat penggilan hanfon(hp) untuk itu kita kena berhenti atau keluar jalur sebentar misalnya 20 saat perkara ini dsebut " ada panggilan locing terbang, minta QRX 20 saat".


Setiap penggemar Radio Amatur mendapat tauliah atau sijil kebenaran untuk menggunakan Radio Amatur dan untuk mendapatkan sijil kelayakan itu, kita kenalah menyertai satu peperiksaan bertulis yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (dibawah Kementerian Penerangan Malaysia).
dan setiap mereka juga diberi nama gelaran misalnya 9W2 (nine wisky two) atau 9W6 (bagi Sabah) dan 9W8 bagi Sarawak).

Penggemar Radio Amatur tidak terbatas, selain dari Malaysia mereka juga ada di Indonesia, Brunei DS dan sebagainya.

Apakah keuntungan yang boleh kita perolehi dari bermain Radio Amatur?..

Jawapanya tidak ada sebarang keuntungan yang mutlak darinya, kecuali kita menghadapi kesulitan dalam perjalanan berkenderaan, atau mohon daripada kawan-kawan untuk mendapatkan tunjuk arah...misalnya kita ke negeri Kelantan, Kita sudah tersesat dan tidak tahu jalan keluar atau kawasan yang kita hendak pergi itu sudah tersasar...kita boleh masuk dalam jalur di kawasan berkenaan ( negeri Kelantan) memanggil rakan-rakan radio..

Selain dari itu, sekiranya kita bersembang menggunakan hanfon/hp setiap minit dikenakan kadar bayaran sekitar 10 sen hingga 20sen semint....tetapi melalui radio amatur hanya dikenakan bayaran RM2 sebulan sahaja boleh berdigunakan 24 jam..

sekian dulu akan bersambung....

Khamis, 21 April 2011

Apa Itu Radio Amatur ..


PENGENALAN RADIO AMATUR.
BAHAGIAN: 1.

Radio amatuer merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.


Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.


Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.




BAHAGIAN 2: Siapakah yang boleh menggunakan Radio Amatur ??

Untuk semua

Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.



Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.

Cara beroperasi

Komunikasi melalui radio amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antenanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antena (atau semakin banyak elemen sesebuah antena itu, semakin baik keupayaannya).

Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital. Pada 6 Disember 2008 pula, Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) telah menubuhkan komunikasi kecemasan di Bukit Antarabangsa, Ampang untuk membantu dalam memberi liputan dan juga bantuan dari segi komunikasi kepada pihak berkuasa yang menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh.


Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.

Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARTS, MARES, ASTRA, JASRA dan lain-lain lagi yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).

Rabu, 6 April 2011

Bertemu dengan rakan RA Ipoh



Siang ini satu pertemuan dengan rakan-rakan Radio Amatur Ipoh telah berlangsung di Taman Chempaka (belakang Perakfm)sekitar 2 jam.


Pertemuan dari jam 11.30 pagi itu dihadiri 9W2 MNR, 9W2 DGG dan 9W2 IPT (Presiden PRAPET).


Pertemuan tersebut bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama RA selain membincangkan halehwal semasa perkembangan Radio Amatur di Perak amnya.

Jumaat, 18 Mac 2011

Sepetang bersama rakan Radio Amatur




JELIANG, MANONG: Satu perjumpaan di daratan kalangan anggota Persatuan Rakan Radio Amatur Dan Rekreasi Perak (PRAPET) telah diadakan di kedaiaman 9W2 KMR petang ini.

Selain ber QSO mereka juma membicara tentang hal ehwal semasa mengenai perkembangan dan kegiatan geng radio amatur negeri Perak amnya.

Mereka yang menghadiri perjumpaan (dalam gambar dari kanan) 9W2 ULA, 9W2 DJJ, 9W2 PHJ, 9W2 KMR dan 9W2 IPT. mereka juga telah dijamu oleh tuan rumah (9w2KMR).

Pameran Radio Amatur di Pesta Pengakap Laut 2011


Pesta Pengakap Laut itu diadakan selama 3 hari dua malam anjuran Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM) dan turut disertai peserta dari UMT.



Timbalan Rektor. Hal Ehwal Pelajar Uitm Perak Prof. Sr.Haji Mohd. Fisal Ishak sedang berucap pada majlis perasmian penutup Pesta tersebut di Uitm Seri Iskandar, hari ini.


Pesuruhjaya Daerah Kumpulan Latihan Kelana Siswa Pengakap Uitam Perak Cik Siti Nabilah binti Mohd. Shaari sedang menyampai ucapan pada majlis tesebut.


Program tersebut dipenuhi dengan majlis forum, seminar dan pameran peralatan pengakap manakala pertubuhan penyiar radio amatur perak (PARTS) turut diundang untuk membuat demo dan pengenalan radio amatur kepada para peserta.



Prof. Sr.Haji Mohd. Fisal Ishak tidak melepaskan peluang untuk mencuba berkomunikasi /QSO dengan rakan radio dan pada masa itu yang tersedia di udara 9W2 NIM.

Seorang peserta pesta berkenaan Cik Shidah sedang berkomukasi di pengulang 9M4 RPK semasa beliau berkunjung gerai pameran PARTS.


Diantara peralatan dan kelengkapan pengakap yang di pamerkan pada hari tersebut.